6 MEI 2021

LAPORAN “BICARA INDUSTRI, PEMANGKIN KERJAYA”, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, PSIS

 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PSIS melalui Unit Kolaborasi JKE dan kerjasama Kursus Projek 1 & Projek 2 telah menganjurkan satu sesi webinar  yang bertajuk  “BICARA INDUSTRI, PEMANGKIN KERJAYA”.  Webinar ini merupakan salah satu topik pengajaran dan pembelajaran  kursus DEE40082- Project 1 dan DEE50102- Project2.  Sesi webinar dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Tuan Pengarah PSIS, En. Ishanuddin Bin Hussin.  Selepas itu ianya diteruskan dengan penceramah 1: En. Loh Hock Chuan ( Pengarah Urusan HongQin Sdn Bhd- Robotclub Malaysia). Beliau membicarakan pengalaman beliau dan stepping into working society. Ianya berkisar juga ten Personal skills needed dan three Technical skills demanded.

Penceramah 2: En. Chong Kiah Yang- Senior Robotics Enginer. Beliau membicarakan tentang, My engineer route, What an engineer need?, Preparation for A.l. Video : ROS 10 years and Video : TB3 Burger Special.

Penceramah 3: Abu Yazid bin Hassan ( pelajar yang menjalani Latihan Industri di HongQin Sdn Bhd). Ucapan Salam dan pengenalan diri. Bercakap mengenai Pengenalan topik : Turtlebot3 – SBC, Produk Robotic .

Webinar ini telah disertai seramai 165 org pelajar elektrik dan staf JKE. Moderator bagi webinar ini dijalankan oleh Tn. Hj. Miur Jailali Ikram Bin Miur Zabidin.  Sesi webinar pengkongsian ini merupakan salah satu pendedahan industry kepada pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik.