Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bil 5/2021

Tarikh : 5/5/2021 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Bilik Seri Tanjung dan atas talian (Ms Teams)

Telah berlangsung Mesyuarat JK Pengurusan Bil5/2021 bertempat di Bilik Seri Tanjung PSIS dengan kehadiran Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Seksyen, Ketua-Ketua Unit dan Ahli Pengurusan secara bersemuka dan diatas talian menggunakan platform Ms Teams. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah PSIS - En. Ishanuddin bin Hussin dengan agenda mesyuarat merupakan kata-kata aluan oleh Pengerusi, menyemak minit mesyuarat yang terdahulu, menyemak maklumbalas, pembentangan kewangan oleh PAK PSIS, pembentangan Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2020 oleh Pn. Wan Aishah binti Yusoff selaku Pengawai SKPG PSIS, pembentangan penganjuran Malaysia Polytechnic and College Community Sustainable Award (MPCCSustAward 2021) oleh Dr. Azrul bin Mahfurdz selaku Pengarah Program dan perbincangan hal-hal berbangkit. Sidang mesyuarat ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

#PSISdesigningYourFuture