CSR ZIARAH KASIH RAMADAN TAHUN 2021/1442H BERSAMA KOMUNITI, ASNAF QARIAH MASJID ISLAHIAH KAMPUNG TELUK RHU, SABAK BERNAM
- Details
- Hits: 472
30 April 2021 | 18 Ramadan 1442H | Jumaat
CSR Ziarah Kasih Ramadan Tahun 2021/1442H Bersama Komuniti, Asnaf Qariah Masjid Jamiatul Islahiah Kg. Teluk Rhu, Sabak Bernam
Program khas, CSR Ziarah Kasih Ramadan Tahun 2021 | 1442H Bersama Komuniti, anjuran bersama Kelab Kebajikan Staf Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Idris Shah dan Masjid Jamiatul Islahiah Kg. Teluk Rhu, Sabak Bernam telah berjaya menganjurkan bantuan dan ziarah kasih bersama-sama golongan asnaf yang berdaftar dengan qariah masjid. Seramai 48 orang asnaf dibantu bagi meringankan beban mereka bersempena dengan bulan ihya ramadan pada kali ini. Menurut pengarah program, En Haziri Husain, program yang julung kali ini, diadakan untuk membantu komuniti terutamanya golongan asnaf dalam menempuh kehidupan, bantuan diberikan dalam bentuk pemberian makanan asas seperti beras, telor, minyak masak, tepung, biskut, susu, sardin dan juga bantuan duit raya. Pemberian sumbangan ini, telah disampaikan oleh En Zulkifli Mat Nasir, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan En Norman Zamri, Ketua Jabatan Perdagangan, PSIS, dan diiringi oleh En Abdullah Hassan H. Ikhsan, selaku Nazir Masjid Jamiatul Islahiah Kg. Teluk Rhu, dan juga koordinator program, En Mohd Kairi Yunos selaku Setiausaha Masjid serta barisan kepimpinan masjid. Turut hadir menjayakan program ini, adalah ahli jawatakuasa pelaksana program yang terdiri daripada staf Jabatan Perdagangan, PSIS.
Peserta penyumbang untuk sedekah program ini terdiri daripada staf Jabatan Perdagangan, staf Politeknik Sultan Idris Shah dan juga warga luar politeknik, iaitu orang perseorangan yang telah menghulurkan sumbangan mereka kepada pihak urusetia.
Rata-rata, kumpulan penerima sumbangan khas ini, gembira di atas segala sumbangan yang diberikan dan mensyukuri atas usaha murni pihak Politeknik Sultan Idris Shah ini.
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Bertepatan dengan tema program kali ini, iaitu Syukur Selalu, memberikan impak yang positif dan objektif program tercapai.