Webinar Pembentukan Peradaban Majmuk di Malaysia

22 April 2021

Jabatan Pengajian Am PSIS melalui Unit Pendidikan Islam dan Moral telah menganjurkan satu sesi webinar yang bertajuk Pembentukan Peradaban Majmuk di Malaysia pada 22 April 2021 secara dalam talian di platform Cisco Webex. Webinar ini merupakan salah satu topik pengajaran dan pembelajaran kursus MPU21032- Penghayatan Etika dan Peradaban. Sesi webinar disampaikan oleh dua orang penceramah jemputan iaitu Dr Abu Zarrin bin Selamat daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dan juga Encik Ku Hasnan bin Ku Halim daripada Universiti Tun Hussein Onn. Webinar ini telah disertai oleh 363 pelajar daripada semester 1 Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Jabatan Perdagangan, juga semua pelajar semester 2 daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Program webinar ini diuruskan oleh Pn.Nurul Amalia binti Ruslan selaku Pengarah Program webinar. Sesi webinar perkongsian ini merupakan salah satu aktiviti bagi memenuhi keperluan silibus Kursus MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban

#PSISdesigningYourFuture