MAJLIS PERHIMPUNAN STAF PSIS BIL 2/2021

MASA : 8.30 - 11.30 pagi
TARIKH : 28 April 2021 ( Rabu )
PLATFORM : CISCO WEBEX / Bilik Seri Tanjung

Telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Staf PSIS Bil 2/2021. Perhimpunan pada kali ini dihadiri oleh semua staf PSIS secara dalam talian di platform Cisco Webex dan secara bersemuka yang terdiri daripada staf Seksyen Governan PSIS. Majlis telah dianjurkan oleh Seksyen Governan PSIS dan Pn. Ain Nur Mardhiah dilantik sebagai pengerusi majlis. Perhimpunan dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Politeknik Malaysia dan disusuli dengan bacaan Rukun Negara dan Ikrar Intergiriti Perkhidmatan Awam. Bacaan doa untuk majlis pada kali ini telah dipimpin oleh Encik Mukhlis Badiuzaman. Aktiviti Majlis Perhimpunan Staf PSIS Bil 2/2021 telah diisi dengan ceramah yang bertajuk bicara Nuzul Quran yang telah di sampikan oleh penceramah bebas, Ustaz Wan Ali Akhbar Bin Wan Abdullah. Majlis diteruskan dengan Ucapan oleh Tuan Pengarah PSIS, En. Ishanuddin Bin Hussin, sesi Anugerah Pekerja Contoh sukuan 1/2021 dan sumbangan Al-Quran Ramadhan kepada kakitangan yang terpilih. Sumbangan telah disampikan oleh En. Ishanuddin bin Hussin sambil diiringi Tn Hi Zulkifli bin Mat Nasir. Majlis telah melabuhkan tirai sekitar jam 11.00 pagi.

#PSISdesigningYourFuture