MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN FORUM GREEN CAMPUS 2021 POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

TARIKH : 21 APRIL 2021 (RABU)
MASA : 9.00 Pagi - 11.00 pagi
PLATFORM : CISCO WEBEX
ANJURAN : Seksyen Centre of Environmental Technology (SCOT) dengan kerjasama JK Smart Green PolyCC PSIS

Telah berlangsungnya Majlis perasmian penutup dan Forum Green Campus 2021 Politeknik Sultan Idris Shah. Majlis perasmian penutup dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Hafizul Hadi dan diteruskan dengan sesi nyanyian lagu Negaraku dan Politeknik Malaysia. Majlis kemudian diteruskan dengan Forum Green Campus 2021 yang dikendalikan oleh Ts Fatin Shafinas binti Rokman selaku moderator forum. Forum ini telah menjemput Tuan Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, En. Ishanuddin bin Hussin dan Presiden Mata Hati Malaysia, Datuk Ab Rahim Bin Md Noor sebagai panel untuk membincangkan tema yang bertajuk Small Change Big Differences. Kedua dua panelis telah berkongsi maklumat dan pendapat berkaitan aktiviti yang akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar, sifat tanggungjawab dalam menjaga alam sekitar perlu diterapkan dalam diri setiap lapisan masyarakat supaya keindahan alam sekitar dapat dipelihara. Panel juga menyarankan agar elakkan daripada berlakunya pembaziran terhadap sisa makanan,penggunaan elektrik dan penggunaan bahan bahan berasaskan plastik kerana perkara tersebut akan mendatangkan kesan di peringkat global dan merosakkan ekosistem alam. Majlis diteruskan dengan pengumuman keputusan pertandingan yang telah dilaksanakan dan dianjurkan secara dalam talian sepanjang tempoh minggu Green Campus PSIS 2021. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama semua peserta yang menyertai sesi Majlis Perasmian Penutup Green Campus PSIS 2021.

#PSISdesigningYourFuture