Webinar Terrestrial Recreational Tourism

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PSIS melalui unit Pengurusan Pelancongan telah menganjurkan satu sesi webinar yang bertajuk Webinar Terrestrial Recreational Tourism pada 16hb April 2021. Webinar ini bertajuk Fundamental of Risk Management in Outdoor Recreation & Adventure Tourism Activities yang merupakan salah satu topik pengajaran dan pembelajaran kursus DTO20044 - Terrestrial Recreational Tourism. Sesi webinar disampaikan oleh penceramah daripada Universiti Utara Malaysia iaitu En. Mohamad Khairi bin Mohamad @ Alwi . Beliau bertugas sebagai Pensyarah dan juga Chairman of Adventure Bureau di Malaysia Tourism Council. Webinar ini telah disertai oleh 195 peserta yang terdiri daripada pelajar DUP3A JPH, pelajar Universiti Utara Malaysia, pensyarah JPH, PSIS, Pensyarah Kolej Komuniti Cawangan Lenggong. Webinar ini merupakan salah satu tugasan amali dan diuruskan oleh pelajar DUP 4A bagi memenuhi keperluan kursus DTM40134 - Event Management & Operation di bawah seliaan Pn.Nurul Natasha binti Norzan dan Pn. Siti Nor Aznida binti Ariff selaku pensyarah kursus. Sesi perkongsian webinar ini memberi pendedahan kepada risiko sewaktu melakukan aktiviti rekreasi dan pelancongan kembara bagi memastikan aktiviti ini berlangsung dengan lancar serta menjadi tarikan di dalam industri pelancongan.

#PSISdesigningYourFuture