PROGRAM ‘ SHARING 15 CARING VIRTUAL RUN ‘ PUSPANITA PSIS

Tarikh : 16 April 2021 ( Jumaat )
Masa : 10-11.30 pagi
Lokasi : Masjid Al Ma’rufiah , Pekan Parit Baru
Anjuran :PUSPANITA PSIS


Telah berlangsungnya Majlis penyampaian sumbangan untuk Golongan Asnaf komuniti kawasan parit Baru anjuran pihak PUSPANITA PSIS. Majlis diadakan di Masjid Al Ma’rufiah Pekan Parit Baru.sumbangan yang diberi nama ‘ Sharing 15 Caring Virtual Run ‘ adalah Hasil
Kutipan daripada ahli puspanita PSIS dan kakitangan PSIS. Majlis telah bermula sekitar jam 10.30 dan telah dipengerusikan oleh Wakil Ajk Khairiah Masjid, Encik Mohamad Jail. Majlis turut disertai oleh Timbalan Pengarah Akademik PSIS, Dr Mazura binti Mansor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Tuan Haji Zulkifli Mat Nasir dan Ketua ketua Jabatan Akademik PSIS. Seramai 10 Buah keluarga Asnaf sekitar komuniti parit Baru telah dipilih oleh pihak masjid untuk menerima bantuan tersebut. Sumbangan Yang berbentuk wang tunai tersebut telah di sampikan oleh Dr mazura Binti Mansor sambil diiringi Tuan Haji Zulkifli Mat Nasir. Pihak PUSPANITA PSIS berharap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban pihak asnaf dan sedikit sebanyak mampu menampung perbelanjaan ketika bulan ramadan.

Dr Haji Jamali Basrin yang merupakan nazir bagi masjid Al Ma’ rufiah Parit Baru mengucapkan Ribuan Terima kasih kepada pihak PUSPANITA PSIS kerana sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga asnaf sekitar parit jawa.Beliau sentiasa mengalu alukan pihak PSIS untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak masjid dalam apa juga program kemasyarakatan yang ingin di anjurkan. Pihak Asnaf juga menyampaikan ucapan Terima kasih atas bantuan yang diberikan.

Majlis diteruskan dengan sesi Bergambar di kalangan peserta program dan sekitar pukul 11.40 majlis telah pun selesai.

#PSISdesigningYourFuture