PROGRAM CSR BUBUR LAMBUK JPH PSIS

Tarikh: 16 April 2021 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Lokasi : Masjid Al Ma’rufiah, Parit Baru
Anjuran: Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah

Telah berlangsung program CSR Bubur Lambuk bersama komuniti sekitar Pekan Parit Baru yang diadakan di perkarangan Masjid Al Ma'rufiah, Pekan Parit Baru. Seramai 43 orang kakitangan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PSIS telah turun padang untuk sama-sama menyiapkan dan menyediakan bubur lambuk yang diketuai oleh Ketua Jabatan JPH PSIS iaitu Tuan Haji Mohd Amin bin Zakaria. Aktiviti memasak bubur lambuk telah bermula seawal jam 7.30 sehingga jam 11.00 pagi. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah Akademik PSIS, Dr Mazura binti Mansor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Tuan Haji Zulkifli Mat Nasir dan Ketua-Ketua Jabatan Akademik PSIS.

Sebanyak 400 bekas bubur lambuk akan diagihkan kepada komuniti setempat dan kakitangan PSIS selepas Solat Jumaat diadakan. Selain untuk mengimarahkan aktiviti bulan Ramadan dengan memasak bubur lambuk, matlamat pihak JPH PSIS adalah untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kakitangan PSIS dan masyarakat setempat. Wakil dari pihak masjid, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PSIS khususnya JPH kerana berbesar hati untuk mengadakan program CSR Bubur Lambuk bersama komuniti Pekan Parit Baru.

#PSISdesigningYourFuture