Kempen Kesedaran Psikologi dan Kesihatan bagi Bulan April 2021

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera Warga PSIS,

Dilampirkan poster hebahan bagi Kempen Kesedaran Psikologi dan Kesihatan bagi April 2021 dengan pengisian STRES sebagai pemahaman dan pengamalan dalam kehidupan seharian. Semoga bermanfaat dan SALAM PSIKOLOGI SEJAHTERA daripada kami, Unit Pengurusan Psikologi dan Kesihatan (UPPsiK).

Kami, Unit Pengurusan Psikologi & Kesihatan amat mengalu-alukan kedatangan tuan/puan sekiranya memerlukan perkhidmatan psikologi dan kesihatan yang ditawarkan oleh pihak kami. Tuan/Puan boleh menghubungi Pegawai Psikologi atau Penolong Pegawai Perubatan sekiranya memerlukan temujanji atau terus hadir (walk-in) ke Unit yang berlokasi di hadapan Koperasi Mart PSIS.

Perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,

Harmiza
HARMIZA BINTI MAT HONA
Pegawai Psikologi
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sabak Bernam, Selangor