IACTalk 2021: Air and Noise Pollution Engineering

Tarikh: 5 April 2021 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Platform: Aplikasi Ms Teams
Anjuran: Jabatan Kejuruteraan Awam PSIS
Dengan kerjasama: CSK Murni Services Sdn Bhd

Webinar IACTalk 2021 bertajuk "Air and Noise Pollution Engineering" ini telah dilaksanakan dengan jayanya secara dalam talian di aplikasi Ms teams. Sesi ceramah ini dissampaikan oleh Jawatankuasa Penasihat Industri PSIS iaitu Datuk Dr Ts Sivakumar a/l Chinnasamy dan telah dikendalikan oleh Encik Mohd Rizal Bin Abd. Rahim selaku moderator. Ceramah ini berlangsung dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Peserta ceramah terdiri daripada pelajar dan pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan juga terbuka kepada semua warga PSIS.

Intipati ceramah ini adalah bagi menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada peserta mengenai bidang kawalan dan pemantauan pencemaran bunyi dan kualiti udara. Melalui ceramah ini peserta telah mendapat pendedahan mengenai pencemaran hingar dan juga pencemaran udara dari sudut industri. Selain itu, peserta juga telah memperolehi maklumat kesan-kesan pencemaran udara dan hingar kepada manusia dan alam sekitar. Keperluan industri berkaitan pemantauan dan peralatan yang digunakan juga diterangkan dengan jelas oleh penceramah.

#PSISdesigningYourFuture