Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Bil 2/2021
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Bil 2/2021
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bil 4/2021

Tarikh : 7/4/2021 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Bilik Seri Tanjung dan dalam talian Ms Teams

Telah berlangsung 3 mesyuarat secara berturut bertempat di Bilik Seri Tanjung PSIS dan dalam talian Ms Teams dengan kehadiran Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Seksyen, Ketua-Ketua Unit dan Ahli Pengurusan secara bersemuka dan diatas talian menggunakan platform Ms Teams. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah PSIS dengan agenda mesyuarat merupakan kata-kata aluan oleh Pengerusi, pengesahan minit mesyuarat yang terdahulu, menyemak maklumbalas dan perkara berbangkit, pembentangan laporan aset alih kerajaan oleh Pegawai Aset PSIS Tn Hj Mohd Safari Jaafar, pembentangan laporan kewangan oleh Penolng Akauntan Kanan - Pn. Rahayu Shahbudin, hal-hal berbangkit, pembentangan dapatan Soal Selidik Kaedah Pengambilan Diploma & Transkrip Akadeik oleh Ketua Unit Peperiksaan - Pn. Seti Suhadaini Mohammed dan perbincangan hal-hal lain. Mesyuarat telah berjalan lancar dan ditangguhkan oleh Pengerusi ke tarikh akan dimaklumkan.

#PSISdesigningYourFuture