Majlis Perhimpunan Staf Politeknik Sultan Idris Shah Bil1/2021

Anjuran : Jabatan Perdagangan
Tarikh : 26 / 3 / 2021
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 hingga 11.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Lang PSIS

Telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Staf Politeknik Sultan Idris Shah Bil 1/2021. Majlis perhimpunan kali ini telah dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan PSIS. Majlis dimulakan dengan pergerakan masuk tuan pengarah PSIS, Encik Ishanuddin bin Hussin di iringi oleh Timbalan Pengarah Akademik Dr Mazura binti Mansor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Tn. Hj. Zulkifli bin Mat Nasir, Ketua Jabatan Perdagangan dan Ketua-Ketua Jabatan Akademik. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, lagu Politeknik Semalaysia, taklimat keselamatan didalam dewan, montaj majlis perhimpunan, ucapan aluan pengerusi majlis. bacaan ikrar rukun negara dan ikrar perkhidmatan awam yang diketuai oleh En. Rashidan bin Bakri dan bacaan doa.

Pihak PSIS juga telah menjemput En. Norhusshafiz bin Hussin, Ketua Unit Intergriti Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Bicara Intergiti ‘ Kesalahan Dibawah Akta SPRM 2009 ‘. Dalam ceramah tersebut, beliau menjelaskan dan berkongsi mengenai perkara atau tindakan yang boleh menjerumuskan kakitangan untuk terlibat dalam aktiviti rasuah. Kesalahan rasuah merupakan kesalahan yang berat dan beliau memberi pesanan kepada semua warga kerja PSIS supaya jangan terlibat dengan rasuah kerana hukuman yang diterima sangat berat dan menjatuhkan reputasi diri.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada tuan Pengarah PSIS, Encik Ishanuddin bin Hussin. Beliau telah memberi ucapan penghargaan kepada pegawai pegawai yang telah dinaikkan pangkat, pensyarah pensyarah yang baru menamatkan pengajian di peringkat PHD dan telah memperkenalkan staf staf yang baru yang melaporkan diri di PSIS. Bagi menghadapi cabaran 2021, Tuan Pengarah Menyeru supaya semua kakitangan sentiasa istiqamah dalam menjalankan tugas, bersama sama berganding bahu dalam memperkasakan PSIS. Tuan Pengarah turut berkongsi beberapa video yang memberi motivasi kepada kakitangan supaya setiap mesej positif yang ditinggalkan dapat diaplikasikan oleh kakitangan dalam alam pekerjaan.

Sebelum menutup majlis, Pengarah telah merasmikan pelancaran Buku Pelan Strategik PSIS 2021 - 2025 dan Cendikia 2, memberikan anugerah pekerja contoh sukuan ke-4 PSIS, anugerah mentor keusahawanan. Seterusnya menutup Majlis Perhimpunan Bulanan Staf PSIS Bil 1/2021. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan rakaman.

#PSISDesigningYourFuture