Program PPI: Bangun Idea dan Bina Jenama
Tarikh: 23 Mac 2021
Hari: Selasa
Masa:10.30 pagi - 12.30 tengahari

Jabatan Perdagangan telah menganjurkan Program PPI: Bangun Idea dan Bina Jenama secara dalam talian menerusi aplikasi Microsoft Teams. Program yang disertai seramai 95 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar yang mengambil Kursus MPU22012 Entreprenurship.

Program perkongsian ilmu ini telah menampilkan penceramah jemputan En Mohd Hafzan B Sardi iaitu pengasas Songkok Malaya yang juga merupakan seorang alumni PSIS dan En Mohd Azmi B Mh Busra selaku moderator program.

Menerusi program ini para pelajar didedahkan berkenaan dengan pembangunan idea perniagaan, pengembangan idea perniagaan menerusi Business Model Canvas dan seterusnya pembinaan jenama produk yang berupaya menambah nilai kepada produk.