WEBINAR CEOPRENEUR 2021: “FLY HIGH FOR THE GREAT FUTURE”

Tarikh: 22 Mac 2021 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang
Platform: Aplikasi Cisco Webex
Anjuran:
Seksyen Pembangunan keusahawanan (SPU), PSIS
Dengan kerjasama:
Puncak Niaga Holdings Berhad

Webinar Ceopreneur 2021: “Fly High For The Great Future” ini telah dilaksanakan dengan jayanya secara dalam talian di Aplikasi Cisco Webex. Sesi perkongsian ilmu ini telah disertai oleh seramai lebih 470 peserta daripada kalangan para pensyarah/pelajar/staf sokongan PSIS serta peserta daripada rakan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Webinar ini telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Rozali bin Ismail (Pengerusi Eksekutif Kumpulan Puncak Niaga Holding Berhad), dan dikendalikan oleh moderator En. Mohd Zaini bin Zainudin dari Seksyen Pembangunan Keusahawanan, PSIS. Turut disambut mesra dengan ucapan aluan oleh Tn. Ishanuddin bin Hussin (Pengarah PSIS) dan bacaan doa pembukaan oleh En. Mohd Burhan bin Yusof (Pensyarah Jabatan Perdagangan PSIS).

Antara fokus utama Webinar ini ialah bagaimana YBhg. Tan Sri Dr. Rozali bin Ismail memulakan perniagaannya walaupun hadir dari latar belakang keluarga yang sangat sederhana. Bagaimana beliau mencipta minat, menanam impian yang tinggi serta ‘Push Factor’ beliau ke arah sesuatu objektif besarnya.

Banyak perkara menarik dikongsi oleh beliau hasil daripada soalan para peserta, dapat disimpulkan bahawa memang sukar untuk memilih jalan untuk berjaya dan ditambah lagi dengan halangan-halangan yang datang. Namun kita kena ingat, Allah swt. tidak akan mensia-siakan usaha setiap hambanya yang berkeinginan.

Apapun, diharapkan perkongsian YBhg. Tan Sri Dr. Rozali bin Ismail dalam webinar ini dapat memberikan ilmu yang berguna dan dapat dimanfaatkan oleh para pensyarah dan pelajar PSIS khususnya dan semua peserta amnya.

Alhamdulillah, sambutan sangat memberangsangkan di mana Webinar ini telah mendapat maklumbalas yang sangat positif daripada para peserta dan diharapkan agar sesi perkongsian ilmu ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa hadapan ke arah pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pensyarah/pelajar di institusi.

Rakaman webinar ini telah dimuatnaik ke laman youtube rasmi Politeknik Sultan Idris Shah untuk rujukan pada masa hadapan dan boleh diakses melalui pautan berikut: https://youtu.be/Efz11HoKWbQ

Sekian, terima kasih.
JK Program

#PSISDesigningYourFuture