LAWATAN KUNJUNGAN RASMI TUAN PEGAWAI DAERAH SABAK BERNAM KE PSIS SEMPENA LAWATAN KERJA KE MUKIM BNO
- Details
- Hits: 239
Lawatan Kunjungan Rasmi Tuan Pegawai Daerah Sabak Bernam ke PSIS sempena Lawatan Kerja ke Mukim BNO
Tarikh: 19/3/2021
Lokasi: Sekitar kampus PSIS
Telah berlangsung Lawatan Kunjungan Rasmi oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam - Tuan Amri bin Ismail ke kampus Politeknik Sultan Idris Shah bersempena Lawatan Kerja ke Mukim BNO. Turut hadir bersama kunjungan rasmi adalah SM Ahamad Sofian - Ketua Balai Polis Sg. Air Tawar, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Tertinggi dan Penghulu-Penghulu Mukim. Ketibaan kenamaan disambut oleh Timbalan Pengarah Akademik PSIS - Dr. Mazura binti Mansor, TPSA - Tn. Hj. Zulkifli bin Mat Nasir, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua seksyen, ketua-ketua unit dan urusetia bertugas. Sesi lawatan kerja dimulai dengan sesi taklimat dan ramah mesra di Bilik Seri Tanjung dengan tayangan video pengenalan dan korporat PSIS, ucapan aluan oleh TPA PSIS dan ucapan Pegawai Daerah Sabak Bernam. Seterusnya delegasi lawatan dibawa melihat sekitar kampus PSIS, tinjauan ke KAMSIS PSIS melihat blok isolasi kediaman pelajar mengikut SOP dan norma baharu. Selepas itu para delegasi dibawa ke Biz Park PSIS untuk sesi Majlis Perasmian Biz Park oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam. Pihak Pegawai Daerah amat berbesar hati dengan program kunjungan rasmi sempena Lawatan Kerja beliau.
#PSISDesigningYourFuture