Tarikh : 3/3/2021 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Lokasi : Bilik Seri Tanjung, dalam talian (WEBEX) dan Secara Langsung (LIVE) Facebook rasmi PSIS.

Telah berlangsung Majlis Penutup MTS sesi Disember 2020 secara norma baharu bertempat di Bilik Seri Tanjung PSIS (bersemuka), dalam talian platform WEBEX dan disiarkan secara langsung dalam laman sosial rasmi Facebook PSIS. Majlis telah dihadiri dengan kehadiran Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Seksyen, Ketua-Ketua Unit dan Ahli Pengurusan secara bersemuka dan didalam talian menggunakan platform WEBEX. Majlis dimulai dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan aluan Pengarah Program - Ts. Fatin Shafinas bt Rokman, ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Pengarah PSIS - En. Ishanuddin bin Hussin dan bacaan ikrar oleh wakil pelajar baharu. Tuan Pengarah mengucapkan ucapan tahniah kepada pelajar yang berjaya menyambung pengajian di PSIS. Beliau turut memaklumkan dan memberi peringatan kepada para pelajar mengenai pematuhan SOP dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa serta perlu diikuti semasa pengajian di PSIS. Beliau juga menyampaikan amanat dan harapan beliau kepada pelajar-pelajar baharu yang telah mendaftar secara online dalam meneruskan kejayaan dan kecemerlangan di PSIS.

#PSISDesigningYourFuture