Tarikh: 2/3/2021
Masa: 9.00 pagi
Lokasi: Bilik Seri Tanjung PSIS

Telah berlangsung Majlis Bacaan Ikrar Aku Janji Perkhidmatan Awam bagi Pegawai Lantikan Baru PSIS pada 2 Mac 2021 secara bersemuka bertempat di Bilik Seri Tanjung PSIS. Majlis bacaan ikrar akujanji ini disertai oleh seramai 8 orang pegawai lantikan baru ke PSIS dihadapan Tuan Pengarah PSIS En Ishanuddin bin Hussin, TPA PSIS - Dr Mazura bt Mansor, TPSA PSIS - Tn Hj Zulkifli bin Mat Nasir dan Ketua-Ketua Jabatan Akademik PSIS. Semoga dengan majlis bacaan ikrar ini dapat memberi inspirasi dan semangat kepada semua pegawai lantikan baru untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berintegriti.

#PSISDesigningYourFuture