Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bil 2/2021

Tarikh : 24/2/2021 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Lokasi : Bilik Seri Tanjung dan atas talian (Ms Teams)

Telah berlangsung Mesyuarat JK Pengurusan Bil2/2021 bertempat di Bilik Seri Tanjung PSIS dengan kehadiran Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Seksyen, Ketua-Ketua Unit dan Ahli Pengurusan secara bersemuka dan diatas talian menggunakan platform Ms Teams. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah PSIS dengan agenda mesyuarat merupakan kata-kata aluan oleh Pengerusi, menyemak minit mesyuarat yang terdahulu, menyemak maklumbalas, pembentangan kewangan oleh PAK PSIS, pembentangan Laporan Ujian Saringan DASS21 oleh UPPsiK, pembentangan Pembinaan Padang Woodball PSIS oleh KSPSKK, dan hal-hal berbangkit. Sidang mesyuarat ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

#PSISdesigningYourFuture