Tarikh : 24/2/2021 (Rabu)
Lokasi : Bilik Mesyuarat Cempaka, Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam. (Bersemuka)

Telah berlangsungnya sesi perbincangan COVID-19 berkenaan SOP kemasukan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) daerah Sabak Bernam tahun 2021. Mesyuarat telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan kerajaan sekitar daerah Sabak Bernam seperti Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Daerah, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Pasukan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Angkatan Perkhidmatan Awam (APM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan agensi agensi lain. Perbincangan telah dipengerusikan oleh Tuan Amri Pegawai Daerah Sabak Bernam sebagai tuan rumah mesyuarat. Pelbagai perkara dan isu berkenaan kemasukan pelajar IPT dan pelajar sekolah telah dibincangkan. Pengerusi telah memberi peluang kepada ketua setiap agensi dan jabatan untuk memberikan pendapat dan idea yang akan digunakan ketika hari pendaftaran pelajar. PSIS sebagai institusi pengajian tinggi yang akan menerima kemasukan pelajar pada bulan Mac depan telah membentangkan dalam mesyuarat hal berkaitan perjalanan hari pendaftaran pelajar dan SOP yang perlu dipatuhi. Tuan Pengarah Encik Ishanuddin telah mengetuai pembentangan tersebut. Persiapan PSIS dalam mewujudkan SOP ketika sesi penerimaan pelajar baru telah mendapat pujian daripada agensi kerajaan lain terutamanya pihak PKD dan MKN. Tambah mereka, jika SOP ini berjalan lancar dan dipatuhi oleh pelajar, kes jangkitan COVID-19 dapat di elakkan.

Bagi kemasukan pelajar sekolah, pihak PKD telah mencadangkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah ketika sesi kemasukan dan sesi pembelajaran untuk mengelakkan dari wujudnya kluster baru. Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menawarkan aktiviti pembersihan kepada pihak sekolah yang memerlukan bantuan santitasi bangunan sebelum digunakan untuk sesi pembelajaran. Dari aspek lalulintas dan pematuhan SOP, pihak PDRM telah memberi jaminan akan memeprketatkan lagi pemantauan supaya para pelajar dan pihak yang terlibat mematuhi SOP yang ditetapkan. Tuan Pegawai Daerah berpuas hati dengan pembentangan dan lontaran idea daripada jabatan-jabatan kerajaan yang hadir dalam perbincangan ini. Beliau meminta agar semua jabatan kerajaan sentiasa mengekalkan hubungan antara satu sama lain dan saling berkomunikasi supaya setiap perancangan dan urusan dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen.

Sidang perbincangan telah berakhir dengan jayanya. Semua pihak terlibat berharap semoga proses pendaftaran dan sesi pembelajaran pelajar akan berjalan dengan lancar dan penularan virus COVID-19 dapat dicegah.

#PSISdesigningYourFuture.