Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah sesi Jun 2020

Tarikh : 23/2/2021 (Selasa)
Lokasi : Bilik Seri Tanjung (bersemuka) & Ms Teams (atas talian)

Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah baii sesi Jun 2020 yang diadakan secara bersemuka dan atas talian di platform Ms Teams. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Ishanuddin bin Hussin - Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah selaku Pengerusi mesyuarat dengan kehadiran semua Ketua Jabatan dan pegawai yang terlibat secara bersemuka dan atas talian. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan dan penghargaan oleh tuan pengerusi, bacaaan doa, pengesahan minit mesyuarat, pembentangan keputusan peperiksaan sesi Jun 2020 bagi setiap Jabatan, perbincangan isu-isu peperiksaan serta Penilaian Alternatif (PAlt) dan hal-hal berbangkit. Sidang mesyuarat ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

#PSISdesigningYourFuture.