Mesyuarat Pilihan Raya Kampus Politeknik Sultan Idris Shah Tahun 2021

Tarikh : 19/2/2021 ( Jumaat )
Lokasi : Bilik Seri Tanjung (Bersemuka)
Platform : Ms Teams (Dalam Talian)

Telah berlangsung Mesyuarat Pilihan Raya Kampus Politeknik Sultan Idris Shah Tahun 2021. Mesyuarat diadakan secara bersemuka di Bilik Seri Tanjung dan menggunakan Ms Teams secara dalam talian. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn Hj Che Samsuriza B. Che Noh, Ketua Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar. Mesyuarat dihadiri oleh semua Penyelaras Hal Ehwal Jabatan dan Jawatankuasa lain yang terlibat. Pelbagai perkara telah dibincangkan terutamanya berkaitan dengan gerak kerja Pilihan Raya Kampus yang akan dilaksanakan pada 24 Mac 2021. Sidang mesyuarat telah berakhir dengan jayanya. Segala perkongsian idea dan perbincangan akan dilaksanakan dalam menjayakan Pilihan Raya Kampus pada bulan Mac itu nanti.

#PSISdesigningYourFuture