MESYUARAT PENYELERASAN KAWALAN SITUASI SEMASA COVID 19 POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Tarik : 18/2/2021 ( Khamis )
Lokasi : Bilik Seri Tanjung ( Bersemuka )

Telah berlangsung Mesyuarat Penyelerasan Kawalan Situasi Semasa Covid 19 Bagi Kemasukan Pelajar Baru Sesi Disember 2020 Ke Politeknik Sultan Idris Shah. Mesyuarat diadakan secara bersemuka dan telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah ( PSIS), Encik Ishanuddin Bin Hussin selaku tuan rumah penganjur mesyuarat. Mesyuarat dihadiri oleh wakil daripada agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia ( PDRM ), Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam ( PKD ) dan Pihak Bomba dan Penyelamat. Agensi tersebut akan terlibat secara langsung ketika sesi pendaftaran pelajar pada bulan Mac. Pelbagai perkara telah dibincangkan terutamanya berkaitan SOP Covid 19 yang ditetapkan oleh Pihak MKN dan SOP yang diperkenalkan oleh pihak PSIS ketika hari pendaftaran. Wakil daripada PDRM, PKD dan BOMBA telah memberikan pendapat dan idea untuk penambahbaikan SOP yang diperkenalkan oleh pihak PSIS supaya proses hari pendaftaran berjalan dengan lancar dan dapat mengelakkan daripada penularan wabak Covid 19. Pihak PKD telah menekankan beberapa aspek yang perlu dilakukan oleh PSIS sepanjang tempoh isolasi pelajar baru. Pihak PDRM telah memberi penekanan kepada aspek berkaitan pergerakan pelajar daripada rumah ke PSIS dan keadaan lalu lintas ketika hari pendaftaran. Pihak PDRM, PKD, BOMBA menasihatkan pelajar baru supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan daripada pihak MKN dan pihak PSIS sendiri ketika sesi pendaftaran dan sesi PdP.
Sidang mesyuarat telah berakhir dengan jayanya. Segala perkongsian idea akan dilaksanakan untuk sesi kemasukan pelajar baru pada Mac nanti.

#PSISdesigningYourFuture