Mesyuarat Jawatankuasa Minggu Transformasi Siswa (MTS) bagi Sesi Disember 2020

Tarikh : 15/2/2021 (Isnin)
Lokasi : Bilik Seri Tanjung (bersemuka) & Ms Teams (atas talian)

Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Minggu Transformasi Siswa (MTS) bagi Sesi Disember 2020 yang diadakan secara bersemuka dan atas talian di platform Ms Teams. Mesyuarat dipengerusikan oleh Hj Che Samsuriza bin Hj Che Noh - Ketua Jabatan JPPel PSIS selaku Penasihat JK dengan kehadiran beberapa orang JK Induk secara bersemuka. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan dan penghargaan oleh pengerusi, sesi taklimat perlaksanaan program oleh Ts. Fatin Shafinas binti Rokman selaku Pengarah Program, tatacara keselamatan, dokumentasi program dan hal-hal berbangkit mengenai pendaftaran pelajar baru dan senior PSIS. Mesyuarat diadakan sebagai perancangan dan persediaan menghadapi Minggu Transformasi Siswa (MTS) bagi Sesi Disember 2020 di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.

#PSISdesigningYourFuture