TAKLIMAT STAF LANTIKAN BAHARU OLEH KPT, JPPKK DAN PSIS
- Details
- Hits: 321
Taklimat Staf Lantikan Baharu oleh KPT, JPPKK dan PSIS
Tarikh : 2/2/2021 (Selasa)
Lokasi : Bilik Seri Tanjung
Telah berlangsung Taklimat Staf Lantikan Baharu oleh pihak KPT, JPPKK dan pengurusan PSIS bertempat di Bilik Seri Tanjung PSIS. Taklimat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah PSIS dengan kehadiran bersama Puan Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua Seksyen Governan, dan staf lantikan baharu secara bersemuka. PSIS berbesar hati telah menerima penempatan 7 orang staf lantikan baharu pada kali ini. Sesi taklimat oleh pihak KPT dan JPPKK diadakan secara atas talian menggunakan platform Ms Teams dan Tuan Pengarah juga menyampaikan amanat dan harapan beliau terhadap staf lantikan baharu.
#PSISdesigningYourFuture