19 Januari 2021
Sesi Ujilari Pelaksanaan Penilaian Alternatif (PAlt) bagi Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH)


Telah berlangsung sesi ujilari pelaksanaan Penilaian Alternatif (PAlt) bagi Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PSIS secara atas talian menggunakan Ms Teams dan platform e-Learnng CIDOS. Sesi ujilari ini dikawalselia oleh JK e-Learning JPH bertujuan untuk melihat dan menilai pelaksanaan sesi Penilaian Alternatif (PAlt) bagi Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PSIS. Sesi ujilari ini melibatkan 8 kursus program pengajian di JPH dengan melibatkan 15 kelas pelajar JPH. Semua proses ujilari ini telah diberi penerangan semasa sesi taklimat dan dapatan sesi ujilari akan dinilai dan diteliti untuk proses penambahbaikan dan persediaan sesi pelaksanaan Penilaian Alternatif (PAlt) yang akan bermula pada 23 Januari hingga 11 Februari 2021.

#PSISdesigningYourFuture