18 Januari 2021
Mesyuarat Jawatan Kuasa Galeri PSIS Bil1/2021


Telah berlangsung mesyuarat JK Galeri PSIS kali pertama yang dipengerusikan oleh Pn.Saedah Johnny Noakes, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam selaku Pengerusi JK yang disertai oleh semua JK yang telah dilantik secara rasmi. Mesyuarat yang julung kali diadakan adalah bertujuan menyelaras dan merancang perlaksanaan ruangan galeri yang terdapat di perpustakaan utama PSIS. Agenda mesyuarat kali pertama membincangkan mengenai peranan dan tugas JK, penerangan paparan carta organisasi, penerangan kedudukan floor plan ruang pameran galeri, perbincangan bahan-bahan pameran, perancangan dan pelaksanaan pameran pertama dan hal-hal lain yang berbangkit.

#PSISdesigningYourFuture