Hebahan Kempen Kesedaran Psikologi & Kesihatan bagi bulan Januari yang bertajuk Jom Relaks - Teknik Pernafasan Ringkas (Box Breathing) diedarkan untuk dipraktikkan, dikongsi dan sekaligus menjadi amalan dalam kehidupan seharian kita. Semoga bermanfaat dan SALAM PSIKOLOGI SEJAHTERA dari kami Unit Pengurusan Psikologi & Kesihatan.

Kami, Unit Pengurusan Psikologi & Kesihatan amat mengalu-alukan kedatangan dan kesudian kalian dalam mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan dari unit kami. Tuan/Puan boleh menghubungi Pegawai Psikologi atau Penolong Pegawai Perubatan sekiranya memerlukan temujanji atau walk-in terus ke unit di hadapan Koperasi Mart PSIS. Perhatian pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Unit Pengurusan Psikologi & Kesihatan
Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar
Politeknik Sultan Idris Shah