6 Januari 2021
Perjumpaan Akademik & Diskusi Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan Peringkat PSIS


Telah berlangsung perjumpaan akademik serta diskusi aktiviti penyelidikan dan pembangunan inovasi peringkat PSIS bertempat di Bilik Seri Tanjung PSIS yang dipengerusikan oleh Pengarah PSIS En. Ishanuddin bin Hussin. Sesi perjumpaan telah disertai oleh 26 staf PSIS yang telah mengikuti taklimat oleh Pengarah PSIS sendiri. Sesi perjumpaan ini turut disertai oleh Timbalan Pengaran Akademik PSIS Dr. Mazura binti Mansor dan beberapa Ketua Seksyen dan Unit. Antara intipati perjumpaan adalah perkembangan dan kemajuan semasa aktiviti pengajian peringkat phd staf, melestarikan pembangunan aktiviti inovasi, dan membantu mewujudkan budaya dan perkongsian ilmu di dalam PSIS.

#PSISdesigningYourFuture