MAJLIS PERHIMPUNAN STAF PSIS BIL 5/2020
- Details
- Hits: 281
23 November 2020
Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Staf PSIS Bil 5/2020 yang diadakan secara atas talian menggunakan platform Microsoft Teams dan bersemuka bertempat di Bilik Persidangan PSIS dengan kehadiran Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-ketua Jabatan, urusetia penganjur daripada Unit Perhubungan dan Komunikasi Korporat, Seksyen Teknologi Maklumat dan Multimedia dan Seksyen Governan. Pengarah PSIS telah menyampaikan ucapan beliau dengan intipati ucapan meliputi pelaksanaan BDR, pelaksanaan PdPDT, pengemaskinian LNPT dan penjenamaan semula Dewan Syarahan Utama serta Bilik Persidangan PSIS. Pengarah mengumumkan Dewan Syarahan Utama akan dikenali sebagai Dewan Seri Sabak manakala Bilik Persidangan dikenali sebagai Bilik Seri Tanjung. Pengarah mengakhiri ucapan dengan penghargaan dan harapan kepada seluruh warga kerja PSIS.
#PSISdesigningYourFuture
#2020_PSISterusJUARA