PROGRAM WEBINAR A GUIDE TO SAFETY AND HEALTH
- Details
- Hits: 360
02 November 2020 (Isnin)
Satu webinar yang bertajuk ‘A Guide to Safety and Health’ telah dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Terdapat dua slot untuk webinar ini iaitu Slot 1 bertajuk “Kesedaran Dan Tindakan Apabila Berlakunya Kebakaran dalam Industri Pekerjaan” yang disampaikan Encik Sabri Bin Dahali, Pegawai Kanan 1 Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam dan Slot 2 yang bertajuk “Tanggungjawab dan Hak Pekerja Dalam Industri Pekerjaan” disampaikan oleh Encik Hanafi Bin Tahir, Pegawai Eksekutif Tertinggi Penolong Pengarah PERKESO, Tanjung Karang. Webinar ini telah diadakan di platform Facebook LIVE bermula 9.00 pagi hingga 1.00 petang.
Objektif utama dalam webinar ini adalah meningkatkan ilmu pengetahuan peserta mengenai keselamatan dan kesihatan dalam situasi kerja/pekerjaan dan menerapkan kesedaran untuk mematuhi polisi keselamatan semasa bekerja dalam organisasi.
Webinar ini adalah anjuran daripada pelajar Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal (DHF) Semester 4B (39 orang pelajar) dan 2 orang pensyarah bagi keperluan kursus DTM5033-Event Operation and Management dan . Penyertaan diwajibkan kepada semua pelajar semester 1 seramai 63 orang daripada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti serta terbuka kepada orang ramai.