7 Oktober 2020 (Rabu)

Satu Bengkel Penulisan Geran Penyelidikan TVET Applied Research Grant Scheme (T-ARGS) telah diadakan bertempat di Bilik Multimedia, Perpustakaan PSIS. Objektif utama bengkel ini adalah bagi memberi pendedahan dan seterusnya membantu para penyelidik PSIS dalam menyediakan dokumen permohonan geran melalui konsep coaching & mentoring serta budaya perkongsian ilmu.

Bengkel anjuran Seksyen Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (SPIK) ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Siti Rosminah Binti Md Derus dari Politeknik Banting Selangor. Seramai 20 orang pensyarah dari semua jabatan di PSIS dan 3 orang pensyarah dari Politeknik Banting Selangor telah menyertai bengkel tersebut.