Satu program webinar bertajuk Project Model Canvas yang dianjurkan oleh Seksyen Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (SPIK) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 11 September 2020 (Jumaat). Webinar ini telah disampaikan oleh Dr. Mazura Binti Mansor, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Sultan Idris Shah melalui platform MS Team.

Webinar yang berlangsung selama 2 jam ini telah disertai oleh 347 orang peserta yang terdiri daripada pelajar projek akhir dan juga penyelia projek pelajar khususnya dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti serta Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Politeknik Sultan Idris Shah.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah dan semua peserta yang telah menyertai webinar ini. Semoga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan khusus bagi pelaksanaan dan pengurusan projek pelajar di PSIS.

Disediakan oleh
Ts. Maznah Binti Ahmad
Pegawai Pengurusan Projek Pelajar
SPIK