27 & 28 Julai 2020 (Isnin & Selasa):

Tiga (3) orang Pensyarah Diploma Pengurusan Pelancongan dari Jabatan Pelancongan Hospitaliti, PSIS telah bersama-sama dengan Pn. Pesah Binti Ahmad , Timbalan Pengarah MOTAC Negeri Selangor, En. Azrul Shah bin Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor, En. Mohd Faiz bin Abu Bakar, Penolong Pengarah (Sub-Seksyen Pelancongan) UPEN Selangor, En. Mohammad Faizal bin Nawani, Penolong Pengarah JPM MDSB, Pemandu Pelancongan Tempatan (Sabak Bernam) serta wartawan dari Astro Awani telah membuat lawatan di sekitar kawasan Sabak Bernam dan Sungai Besar.

Antara perbincangan dalam lawatan tersebut berkisar dengan startegi pemasaran tempat tempat tarikan pelancongan di daerah Sabak Bernam yang dapat dilakukan bersama sama pelajar dan pensyarah PSIS. Objektif lain yang dibincangkan juga meliputi aspek pengemaskinian produk-produk pelancongan baharu yang boleh dipromosikan melibatkan kebudayaan, agropelancongan, ekopelancongan, perikanan makanan tradisi dan Industri Kecil & Sederhana (IKS)

#PSISdesigningYourFuture
#2020_PSISterusJUARA