20 Julai 2020, Isnin:

Majlis Perhimpunan Staf PSIS Bil 3/2020 telah diadakan secara atas talian menggunakan platform Microsoft Teams dan dihadiri oleh staf PSIS. Majlis telah dimulai dengan bacaan doa, lafaz ikrar rukun negara dan ikrar perkhidmatan awam oleh Tn Pengarah, ikrar integriti dan tazkirah oleh Ust Zulkefli B Mukhtar dengan tajuk "Ibadah Korban Petanda Hamba Yang Bersyukur". Perutusan pengarah pula menyentuh beberapa perkara antaranya berkaitan dengan APC, persediaan Sesi Pengajian Jun 2020 dan budaya kerja cemerlang. PSIS turut melancarkan laman web baharu dan buletin online COT di dalam majlis ini.

Terima kasih kepada pihak penganjur Unit Perhubungan dan Komunikasi Korporat( UPKK) & Seksyen Teknologi Maklumat dan Multimedia(STMM).

#PSISterusJUARA
#PSISdesigningYourFuture