DETIK CLOCK OUT TERAKHIR PUAN HASLINA ABD HAMID
- Details
- Hits: 10

𝐃𝐄𝐓𝐈𝐊 𝐂𝐋𝐎𝐂𝐊 𝐎𝐔𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐒𝐋𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐁𝐃 𝐇𝐀𝐌𝐈𝐃
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Haslinda binti Abd Hamid, Pengarah PSIS Ke-11, yang akan meneruskan khidmat sebagai Pengarah di Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti berkuat kuasa 14 Oktober 2026.
Sepanjang menerajui kepimpinan PSIS, pelbagai usaha dan komitmen telah dicurahkan dalam memacu kecemerlangan institusi serta memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga politeknik. Segala jasa, dedikasi dan sumbangan beliau akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada perjalanan PSIS.
Penghargaan turut diberikan kepada Encik Mohd Azmi bin Mh Busra, Ketua Jabatan Perdagangan, yang akan meneruskan khidmat di Politeknik Port Dickson.Segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat di PSIS amat dihargai.
Seluruh warga PSIS mendoakan agar Puan Haslinda binti Abd Hamid dan Encik Mohd Azmi bin Mh Busra terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan dan mencapai kejayaan dalam amanah baharu.
THE GREAT PSIS
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

