PELAKSANAAN PROSES TAPISAN KESELAMATAN BAT C 20 - PEGAWAI DAN ANGGOTA SUKARELA DI PSIS
- Details
- Hits: 4

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐓𝐀𝐏𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓 𝐂 𝟐𝟎 – 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀 𝐃𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐒
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah melaksanakan Proses Tapisan Keselamatan BAT C 20 bagi Pegawai dan Anggota Sukarela pada 7 Oktober 2026 bertempat di Dewan Banquet JPH, PSIS.
Proses tapisan keselamatan yang berlangsung dari 2.00 petang hingga 7.00 malam ini telah dilaksanakan oleh pegawai dan anggota Detasmen Keselamatan Medan (DKM) Sungai Buloh yang diketuai oleh 1128717 PW I Abu Zahari bin Ab Rahman serta empat anggota bagi memastikan proses tapisan keselamatan warga Sukarela dilaksanakan dengan teratur dan mengikut ketetapan yang ditetapkan. Turut membantu,PSIS diwakili Puan Aziah binti Thalaha (JSKK) serta barisan jurulatih daripada Batalion Ketiga Rejimen 502 Askar Wataniah.
Pelaksanaan proses ini mencerminkan komitmen berterusan PSIS dalam memastikan aspek keselamatan, kesiapsiagaan dan tadbir urus Pegawai serta Anggota Sukarela sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Detasmen Keselamatan Medan (DKM) Sungai Buloh atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang proses tapisan keselamatan ini.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

