PSIS ANJUR IISCEP SESI I 2026/2027, TONJOL KREATIVITI DAN INOVASI PELAJAR
- Details
- Hits: 4

𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐈𝐈𝐒𝐂𝐄𝐏 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕, 𝐓𝐎𝐍𝐉𝐎𝐋 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑
SABAK BERNAM, 6 Oktober 2026 – Program Innovation, Invention & Skills Competition Through Exhibition PSIS (IISCEP) Sesi I 2026/2027 telah berlangsung dengan jayanya pada Selasa, bertempat di Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).
IISCEP merupakan pertandingan projek tahun akhir (Final Year Project, FYP) yang melibatkan pelajar Semester 5 PSIS bagi mengetengahkan hasil projek, kreativiti, inovasi dan kemahiran teknikal yang dibangunkan sepanjang tempoh pengajian. Pertandingan ini turut menjadi platform untuk pelajar mempersembahkan idea serta penyelesaian kreatif yang berpotensi memberikan manfaat kepada masyarakat dan industri.
Penganjuran IISCEP bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan hasil pembangunan projek, malah menggalakkan pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan penerapan ilmu yang dipelajari dalam situasi sebenar. Inisiatif ini juga menyokong usaha PSIS dalam menyemarakkan budaya inovasi dan melahirkan graduan yang kompeten serta berdaya saing.
Kemuncak program menyaksikan dua projek dinobatkan sebagai penerima Anugerah Projek Terbaik Keseluruhan mengikut bidang masing-masing.
Bagi Bidang Teknologi dan Sains Sosial, projek PUSAKA THE EXPLORA daripada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti berjaya meraih pengiktirafan tersebut. Projek ini dihasilkan oleh Emylia Jussina Truni Anak Manai, Ronafyeaalya, Nur Arissa Nisrina Binti Abdul Kadir dan Aleeya Amira Binti Mohd Aubaidillah, di bawah penyeliaan Puan Noorazyla Binti Mohd Nasri.
Sementara itu, bagi Bidang Kejuruteraan, projek SMART MINI GREENHOUSE WITH SOLAR SYSTEM FOR URBAN AGRICULTURE daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Projek Terbaik Keseluruhan. Projek ini dihasilkan oleh Muhammad Asyraaf Naufal Bin Morazman dengan bimbingan Puan Noraziah Binti Mokhtar selaku penyelia.
Kejayaan kedua-dua projek ini membuktikan keupayaan pelajar PSIS dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh untuk menghasilkan projek yang kreatif, inovatif serta berpotensi untuk dikembangkan mengikut keperluan semasa.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah mengambil bahagian. Penghargaan turut diberikan kepada para penyelia, juri, urus setia serta seluruh jawatankuasa yang telah menyumbang tenaga dan komitmen bagi memastikan kelancaran program.
Diharapkan penganjuran IISCEP terus menjadi pemangkin kepada perkembangan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar, sekali gus memperkukuh kualiti pendidikan TVET serta melahirkan graduan PSIS yang kompeten, kreatif dan berdaya saing.
THE GREAT PSIS
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

