40 PELAJAR ASKR WATANIAH PSIS SERTAI WAR CRY SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
- Details
- Hits: 72

𝟒𝟎 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐖𝐀𝐑 𝐂𝐑𝐘 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍
SUNGAI BESAR, 29 Ogos 2026– Seramai 40 pelajar Askar Wataniah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) menyertai “War Cry”sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Sabak Bernam yang berlangsung di Stadium Sungai Besar.
Sambutan tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Rizam Ismail, EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Selangor merangkap ADUN Sungai Tawar. Hadir sama, Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid.
Penyertaan pelajar Askar Wataniah PSIS dalam War Cry ini mencerminkan semangat patriotisme, disiplin dan kekompakan dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan serta memupuk semangat cintakan negara.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar Askar Wataniah PSIS atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan. 
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

