width=
🇲🇾 𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍: 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍, 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐋𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 🇲🇾
Sabak, 27 Ogos 2026- Meriah dan penuh semangat patriotik! Laman Warisan: Sukan Rakyat telah berlangsung di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) sempena sambutan Bulan Kebangsaan.
Lebih istimewa, program ini turut mendapat liputan secara lintas langsung menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), TV3, bersama Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid.
Turut menceriakan program ialah hos Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, bersama krew TV3 yang hadir memeriahkan suasana dan menyaksikan sendiri kemeriahan Sukan Rakyat di PSIS.
Pelbagai permainan tradisional dan aktiviti santai dianjurkan oleh Jabatan Sukan Kebudayaan dan Kokurikulum bersama beberapa kelab pelajar antaranya:
🥥 Boling Kelapa
🪀 Teng-Teng
🪁 Wau Gergasi
🏃‍♂️ Lari Dalam Guni
🏐 Bola Beracun
👣 Terompah Gergasi
Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah menjadi ruang untuk warga PSIS menghayati semangat kebersamaan, kerjasama dan warisan budaya dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan. Suasana turut dimeriahkan dengan pemakaian busana tradisional oleh para peserta yang menyerlahkan keunikan dan kepelbagaian budaya Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada TV3 kerana sudi hadir ke Politeknik Sultan Idris Shah serta memilih PSIS sebagai lokasi lintas langsung MHI.
Turut hadir bersama Pengurusan Tertinggi PSIS yang sama-sama memeriahkan program.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis