width=
✨𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝟓, 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐊𝐑𝐔 𝐖𝐈𝐓𝐄𝐗 & 𝐖𝐈𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔✨
World Islamic Tourism & Trade Expo (WITEX) 2026 anjuran Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATA) telah berlangsung dengan jayanya pada 21 hingga 24 Ogos 2026 bertempat di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Lebih istimewa, seramai 20 orang pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP5) bersama 4 orang pensyarah telah diberi peluang oleh pihak MATA untuk menjadi sebahagian daripada kru WITEX 2026.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar terlibat secara langsung dalam pelbagai tugasan bagi membantu memastikan kelancaran perjalanan acara. Penglibatan ini memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar dalam aspek pengurusan acara, komunikasi, protokol, kerja berpasukan serta pengendalian program di peringkat profesional.
Pada 23 Ogos 2026, para pelajar turut terlibat dalam pengurusan program Ministers & CEOs Summit, termasuk membantu menguruskan delegasi serta perjalanan program yang menampilkan Keynote Address oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Penglibatan dalam program ini memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada para pelajar, khususnya dalam memahami pengurusan acara yang melibatkan pemimpin, tokoh industri serta delegasi daripada pelbagai organisasi.
Kemuncak penglibatan diteruskan dengan World Islamic Tourism Awards (WITA) 2026 yang berlangsung pada 24 Ogos 2026, juga bertempat di WTC Kuala Lumpur. Majlis ini menghimpunkan para penggiat industri serta tokoh-tokoh pelancongan bagi meraikan kecemerlangan dan sumbangan kepada pembangunan industri pelancongan Islam.
Peluang untuk berkhidmat sebagai kru dalam WITEX & WITA 2026 bukan sahaja memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang dunia industri, malah membolehkan mereka mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari di dalam kelas dalam situasi sebenar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak MATA atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada PSIS. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar serta para pensyarah yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program. 👏🏻✨
Semoga pengalaman ini menjadi satu kenangan bermakna serta menjadi bekalan berharga kepada para pelajar untuk terus melangkah lebih jauh dalam industri pelancongan. 🌍✨
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis