width=
𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐎𝐈̇𝐑𝐄𝐄 𝐄𝐒𝐒𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐎𝐊, 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃 🇲🇾🇹🇭
Sabak Bernam, 26 Ogos 2026- Telah berlangsung Majlis Pelepasan Pasukan Noiree Essence, melibatkan dua pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bersama seorang pegawai pembimbing yang akan menyertai Globalpreneur Exchange (GEX) POLYCC 2026 di Siam Universiti, Bangkok, Thailand.
Majlis pelepasan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid, dan turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi PSIS serta Ketua Unit Keusahawanan.
Penyertaan dalam GEX 2026 merupakan peluang buat pasukan Noiree Essence untuk membawa idea dan produk keusahawanan pelajar PSIS ke peringkat antarabangsa, selain menimba pengalaman serta memperluas jaringan bersama peserta dan institusi luar negara.
Seluruh warga PSIS mendoakan agar pasukan Noiree Essence dipermudahkan segala urusan, diberikan keselamatan sepanjang perjalanan serta berjaya mengharumkan nama PSIS di pentas antarabangsa.
Selamat berjuang, Noiree Essence! 🚀🇲🇾🇹🇭
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis