width=
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐔𝐒𝐓𝐀𝐈𝐍𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌
Kuala Lumpur, 21 Ogos 2026 – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) terus memperkukuh komitmen dalam menyokong agenda produktiviti dan kelestarian industri pelancongan negara apabila diiktiraf sebagai Rakan Strategik Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN Strategic Partner) menerusi Majlis Pelancaran Program Sayangi Malaysia Sustainable Tourism yang berlangsung hari ini di Dewan Produktiviti, Aras 1 East Wing, Menara MATRADE, Kuala Lumpur.
Majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBrs. Encik Chua Choon Hwa, itu turut menyaksikan penyampaian Sijil Pengiktirafan Rakan Strategik Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) kepada Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid serta Sijil Pengiktirafan Jurulatih Sayangi Malaysia Sustainable Tourism sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan kerjasama institusi dalam menyokong agenda produktiviti, pembangunan kompetensi serta kelestarian industri pelancongan negara.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah, Malaysia Productivity Corporation (MPC) Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah, serta Encik Rohizam Md. Yusoff , Champion Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Penasihat Industri (IAC) PSIS, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), PSIS.
Pengiktirafan sebagai Rakan Strategik TPN ini mencerminkan komitmen PSIS dalam memperkukuh jaringan strategik bersama kerajaan, dan industri, khususnya dalam menyokong agenda produktiviti, kelestarian serta pembangunan industri pelancongan negara.
Majlis ini turut menjadi platform bagi memperkukuh ekosistem pelancongan negara melalui penerapan amalan pelancongan lestari, peningkatan produktiviti industri serta kerjasama strategik antara kerajaan, industri, persatuan dan institusi berkaitan.
Pengiktirafan ini diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang kolaborasi strategik kepada PSIS dalam memperkasakan bidang TVET dan pelancongan , di samping memberi nilai tambah kepada pembangunan kompetensi para pelajar agar terus relevan dengan keperluan industri semasa.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis