width=
𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐂𝐎𝐋𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐇𝐔𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈, 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍, 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈
Kuala Lumpur – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) terus memperkukuh komitmen dalam memperkasakan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi Majlis Perasmian TVET Collaboration Hub (TCH) Bersama Kementerian, Industri dan Agensi TVET yang berlangsung dengan jayanya di The Pearl Kuala Lumpur Hotel.
Majlis telah disempurnakan oleh Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), yang turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen semua pihak dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik bagi memastikan agenda TVET negara terus relevan dan berimpak tinggi.
TVET Collaboration Hub (TCH) merupakan satu ekosistem kolaborasi strategik yang menghimpunkan institusi TVET, kementerian, agensi kerajaan dan pihak industri melalui perkongsian kepakaran, teknologi, kurikulum, latihan, tenaga kerja, peralatan serta infrastruktur. Pendekatan ini turut merangkumi konsep "Hub, Spoke, Enabler dan Benefactor” bagi memperkukuh Agenda Pemerkasaan TVET Negara.
Kerjasama melalui TCH juga memberi ruang kepada pihak industri untuk memainkan peranan lebih besar sebagai rakan strategik dalam membentuk masa depan pendidikan TVET, khususnya dalam mengenal pasti kompetensi baharu, teknologi semasa, kemahiran masa hadapan serta keperluan sebenar tenaga kerja.
Sesi libat urus yang dilaksanakan turut menjadi platform kepada kementerian, agensi, institusi TVET dan industri untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta mencadangkan idea baharu yang boleh diterjemahkan kepada tindakan, termasuk dalam aspek pembangunan kurikulum, kolaborasi penyelidikan, perkongsian teknologi dan pembangunan modal insan.
PSIS berharap pelaksanaan TVET Collaboration Hub dapat menjadi pemangkin kepada jaringan kolaborasi yang lebih kukuh, strategik dan mampan , seterusnya memperkasakan ekosistem TVET negara serta memastikan pembangunan modal insan sentiasa seiring dengan keperluan industri dan masa hadapan.
Hadir sama, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Puan Haslinda Abd Hamid serta Ts. Dr. Mohd Syahrizad bin Elias Timbalan Pengarah, Bahagian Perancangan Program dan Institusi,
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis