BENGKEL PEMERKASAAN HALA TUJU PENGARAH POLYCC ZON SELANGOR & WILAYAH KUALA LUMPUR DAN PEMERKAYAAN 13 ILTIZAM KPPK
- Details
- Hits: 19

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 & 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝟏𝟑 𝐈𝐋𝐓𝐈𝐙𝐀𝐌 𝐊𝐏𝐏𝐊
Tanah Rata, 12 Ogos 2026 - Bengkel Pemerkasaan Hala Tuju Pengarah PolyCC Zon Selangor & Wilayah Kuala Lumpur serta Pemerkayaan 13 Iltizam KPPK telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari, bermula 10 hingga 12 Ogos 2026, bertempat di Avillion Cameron Highlands, Pahang.
Bengkel ini menghimpunkan para Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Zon Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur dalam usaha memperkukuh hala tuju, menyelaras gerak kerja serta memperkasa kepimpinan dan kerjasama antara institusi.
Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan sepanjang bengkel, antaranya sesi perbincangan dan perkongsian strategik, aktiviti hiking di Mossy Forest, serta lawatan ke ladang teh dan ladang strawberi. Selain memberi ruang untuk bertukar pandangan dan pengalaman, aktiviti santai ini turut menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah, memperkukuh semangat berpasukan dan membina jaringan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan Pengarah-Pengarah PolyCC Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bengkel ini telah disempurnakan oleh Puan Haslinda Abd Hamid, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), merangkap Pengerusi Pengarah Zon Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur (Sementara).
Semoga segala perkongsian, perbincangan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat diterjemahkan melalui gerak kerja yang lebih strategik, kolaboratif dan berimpak demi memperkukuh kecemerlangan PolyCC.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

