width=
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌 𝐍𝐀𝐁𝐈𝐋 𝐈𝐙𝐙 𝐐𝐀𝐈𝐒𝐀𝐑
Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Puan Haslinda Abd Hamid bersama pengurusan tertinggi PSIS telah mengadakan kunjungan ziarah ke kediaman keluarga Allahyarham Nabil Izz Qaisar bin Mohd Zairee menzahirkan ucapan takziah serta menyampaikan sokongan dan keprihatinan seluruh warga PSIS kepada keluarga Allahyarham dalam menghadapi saat yang penuh dukacita.
Semoga keluarga Allahyarham terus dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis