KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH POLYCC ZON SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) NEGERI SELANGOR
- Details
- Hits: 21

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 & 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐊𝐄 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐀𝐏𝐌) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
SHAH ALAM, 27 Julai 2026 – Delegasi POLYCC Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh Pengerusi Zon (Sementara), Puan Haslinda Abd Hamid merangkap Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), telah mengadakan kunjungan hormat ke Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor.
Ketibaan delegasi telah disambut oleh Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Selangor. Kunjungan ini menjadi platform bagi memperkukuh hubungan strategik serta membincangkan potensi kerjasama antara institusi POLYCC Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan APM Negeri Selangor.
Perbincangan turut menyentuh peluang kerjasama dalam aspek pembangunan modal insan, latihan kesukarelawanan, pengurusan bencana serta program-program yang memberi manfaat kepada warga institusi dan masyarakat.
Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan berimpak tinggi antara POLYCC Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

