width=
𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐋𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐄𝐃𝐈𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑
Keselesaan dan kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Sehubungan itu, kerja-kerja penukaran tilam di kolej kediaman sedang giat dilaksanakan bagi memastikan kemudahan penginapan yang lebih selesa, bersih dan kondusif buat para pelajar.
Alhamdulillah, sepanjang tempoh empat tahun kebelakangan ini, hampir 50% daripada keseluruhan tilam di kolej kediaman telah berjaya diganti dengan tilam baharu. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PSIS dalam mempertingkatkan kualiti kemudahan serta mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk menyokong kesejahteraan dan proses pembelajaran pelajar.
PSIS komited untuk terus menambah baik kemudahan kampus demi memastikan pengalaman pembelajaran dan kehidupan di kolej kediaman sentiasa berada pada tahap terbaik.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis