width=
𝐑𝐔𝐒𝐒𝐈𝐀❜𝐒 𝐈𝐍𝐁𝐎𝐔𝐍𝐃 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈𝐄𝐒 & 𝐎𝐏𝐏𝐎𝐑𝐓𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈𝐄𝐒 𝟐.𝟎 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐒𝐈𝐒
KUALA LUMPUR, 24 Julai: Berlangsungnya majlis penutupan bagi Russia’s Inbound Tourism Specialities & Opportunities 2.0 anjuran Russian Centre Science and Culture (RCSC).
Program ini menghimpunkan peserta daripada pelbagai institusi pendidikan di Malaysia sebagai platform perkongsian ilmu, pertukaran budaya serta pendedahan kepada industri pelancongan Rusia.
PSIS telah diwakili oleh peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) yang berjaya menamatkan program tersebut, iaitu:
1. Puan Nurul Natasha Binti Norzan
2. Puan Siti Noor Baizura Binti Kamarudin
3. Encik Mohd Mohadir Bin Harun
4. Encik Khirun Bin Md Shah
5. Puan Noorazyla Binti Mohd Nasri
6. Puan Nur Shahirah Binti Mat Sharf
7. Puan Siti Nor Aznida Binti Ariff
8. Nurul Nadhirah Binti Ismail
9. Ronafyeaalya
10. Anisaa Hanum Binti Sanarudin
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta didedahkan kepada budaya dan gaya hidup masyarakat Rusia, potensi industri pelancongan serta peluang kerjasama antarabangsa.
Program tersebut turut dihadiri oleh Ketua Unit Corporate, Industrial Services & Employability Centre (CISEC) PSIS, Pn. Noorarizawaty Binti Aris, sebagai tanda sokongan terhadap penglibatan aktif warga PSIS dalam program antarabangsa.
Dalam program yang sama, Pn. Noorazyla Binti Mohd Nasri, Pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), turut menerima Anugerah Lima Peserta Terbaik sebagai pengiktirafan atas komitmen dan prestasi cemerlang sepanjang bengkel dijalankan.
Tahniah diucapkan kepada seluruh delegasi PSIS atas kejayaan menamatkan program ini serta terus mengharumkan nama institusi di persada antarabangsa.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis