width=
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐆𝐔𝐀𝐍𝐆𝐃𝐎𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Guangdong Polytechnic of Environmental Protection Engineering, China sempena International Academic Visit and Guest Lecture Series yang telah berlangsung pada 22 Julai 2026 di PSIS. Program ini turut menyaksikan pelancaran China–Malaysia Friendship Institute, sebagai simbol komitmen kedua-dua institusi dalam memperkukuh kerjasama akademik dan hubungan antarabangsa.
Program dimulakan dengan majlis sambutan rasmi yang merangkumi ucapan alu-aluan oleh wakil kedua-dua institusi, tayangan video korporat, diikuti perbincangan dua hala bersama Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), sesi lawatan ke Makmal Kejuruteraan Alam Sekitar, JKA serta Jamuan Rasmi di Dewan Banquet yang dikendalikan oleh pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, (JHP),PSIS. Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh Kumpulan Gema Mustika, Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Kokurikulum (JSKK), PSIS, yang mempamerkan keunikan seni dan warisan budaya Malaysia kepada para delegasi.
Program diteruskan dengan Guest Lecture Knowledge Sharing Session yang disampaikan oleh Associate Professor Wang Keliang, Dean of the School of Environmental Engineering, Guangdong Polytechnic of Environmental Protection Engineering, bertajuk "From Haze to Blue Skies: China's Air Pollution Control Measures and Achievements". Sesi perkongsian ilmu ini memberi pendedahan kepada warga PSIS mengenai pengalaman, strategi dan pencapaian China dalam usaha mengawal pencemaran udara serta amalan terbaik dalam pengurusan alam sekitar.
Kolaborasi ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang dalam bidang penyelidikan, mobiliti pelajar dan pensyarah, perkongsian kepakaran serta pembangunan program akademik bertaraf antarabangsa. Kerjasama strategik seperti ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara PSIS dan Guangdong Polytechnic of Environmental Protection Engineering, malah turut mempereratkan hubungan pendidikan tinggi antara Malaysia dan China.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Guangdong Polytechnic of Environmental Protection Engineering, International Cultural Communication Center Malaysia (ICCCM) serta seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis